
MAJLIS BACAAN YASIN & KAHFI
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, Syukur buat julung kalinya kita nak buat Majlis Bacaan Yasin & Tahli untuk arwah-arwah dan sesiapa yang berhajat. Semoga tuan puan sentiasa sihat dan dilimpah rahmat dari-Nya.
Tuan puan boleh sertakan nama arwah di bawah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh dan memperoleh redha Allah SWT. Semoga semua yang diuji dengan kesakitan dan kesusahan, dilapangkan urusan mereka. Kita sama-sama doakan untuk ahli keluarga kita.
Pada Hari Jumaat Pagi, kita akan buat Bacaan Surah Al Kahfi dan Pengisian Kelas Tajwid untuk Anda.
Kekerapan Program ini, kami jalankan kekerapan 2 Minggu sekali. Jadi, bagi anda yang berhajat untuk kami bacakan nama-nama arwah dalam Majlis Bacaan Yassin ini, boleh sertakan nama mereka di bawah. Insha Allah kami akan sebutkan nama-nama arwah dalam Live kami, khusus kepada nama arwah-arwah yang diberi.
Nama-nama yang diberi sebelum Hari Khamis Jam 12 tengahari, nama tersebut akan dikeluarkan dan dibacakan dalam sesi Live. Dengan usaha ini, tuan puan, kami memohon sumbangan ikhlas untuk Majlis ini, yang mana kami akan gunakan untuk Projek Pembangunan Kompleks Pendidikan YAPIS.
Tuan Puan boleh niatkan kepada arwah-arwah juga, semoga pahala berkekalan hingga kiamat.
#1 MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL
HARI : KHAMIS
MASA : 8 MALAM
TEMPAT : FACEBOOK LIVE YAPIS
#2 MAJLIS BACAAN SURAH AL KAHFI & KELAS TAJWID ONLINE
HARI : JUMAAT
MASA : 8 PAGI
TEMPAT : FACEBOOK LIVE YAPIS
Rasulullah saw bersabda:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ ، إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
Terjemahannya: “Apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga sumber: Sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim, bilangan (3092) daripada Abu Hurairah).
Insha Allah, kami dari YAPIS dan MITTIS tengah melaksanakan satu Projek Pembangunan Kompleks Pendidikan untuk cawangan yang ketiga. Kami tengah mengumpulkan dana untuk Projek ini, kami memerlukan 30 juta untuk menjayakan projek ini. Kami nak ajak anda menderma supaya pahala mengalir untuk arwah dan untuk keluarga anda.
PROJEK PEMBANGUNAN KOMPLEKS PENDIDIKAN (YAPIS)
Pembangunan Kompleks Pendidikan YAPIS ini adalah seluas 9.72 ekar di
Tanah Simpanan Melayu Belia 1, Mukim Sungai panjang, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.
Moga dengan sumbangan tuan puan ini dapatlah kami menjayakan Projek ini sehingga akhir dan dapat memberikan manfaat kepada ramai pelajar tahfiz.
AKAUN BANK DANA PEMBANGUNAN YAPIS
MAYBANK
YAYASAN PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR
5621 0681 4416